Followers

Suka tak blog nie???

Friday 4 November 2011

Bagaimana anda tahu Allah S.W.T. mencintai anda???

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


إن أعطاك الله الدين والهدى.. فاعلم أن الله يحب!..
Sesungguhnya Allah SWT kurniakan kepada anda Agama dan Hidayah, maka ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda.

إن أعطاك الله المشقّات والمصاعب والمشاكل.. فاعلم أن الله يحبك، ويريد سماع صوتك في الدعاء!..
Allah SWT memberi kepada anda kesusahan, bala bencana dan berbagai permasalahan. Ketahuilah Allah SWT ingin mendengar suara rintihan dan doa anda kepadaNya.

وإن أعطاك الله القليل.. فاعلم إن الله يحبك، وأنه سيعطيك الأكثر في الآخرة!..
 Jika Allah SWT hanya memberi sedikit sahaja diatas permintaan anda di dunia. Ketahuilah Allah SWT telah MenCintai anda dan akan memberi selebihnya di Akhirat kelak.

وإن أعطاك الله الرضا.. فاعلم أن الله يحبك، وأنه أعطاك أجمل نعمة!..
Jika Allah SWT telah meredhai dan memberi segala permintaan anda, ketahuilah Allah SWT menCintai anda kerana Dia telah memberi kepada anda yang paling cantik dan terbaik.

وإن أعطاك الله الصبر.. فاعلم أن الله يحبك، وأنك من الفائزين!..
Jika Allah SWT telah memberi kepada anda kesabaran, ketahuilah anda telah diCintai oleh Allah SWT kerana telah menjadikan anda seorang yang berjaya.

وإن أعطاك الله الإخلاص.. فاعلم أن الله يحبك، فكون مخلصا له!..
Jika Allah SWT telah memberi keIkhlasan kepada anda, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana anda telah berjaya menjadi orang yang Ikhlas.

وإن أعطاك الله الهم.. فاعلم أن الله يحبك، وينتظر منك الحمد والشكر!..
Jika Allah SWT telah memberi kepada anda Ilham, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda dan Allah SWT telah bersedia menunggu kedatangan anda dengan segala Kepujian dan Kesyukuran di Akhirat kelak.

وإن أعطاك الله الحزن.. فاعلم أن الله يحبك، وأنه يخـتبر إيمانك!..
Jika Allah SWT menguji anda dengan kedukaan, ketahuilah Allah SWT menCintai anda kerana Allah SWT telah menguji anda dengan penuh keimanan.

وإن أعطاك الله المال.. فاعلم أن الله يحبك، ولا تبخل على الفقير!..
Jika Allah SWT memberi kepada anda harta, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda dan Janganlah anda kedekut dengan golongan fakir.

وإن أعطاك الله الفقر.. فاعلم أن الله يحبك، وأعطاك ما هو أغلى من المال!..
Jika Allah SWT menguji anda dengan kefakiran, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana Allah SWT telah memberi kepada anda sesuatu yang lebih mahal daripada harta.

وإن أعطاك الله لسانا وقلبا.. فاعلم أن الله يحبك، ويريدك أن تستخدمهم في الخير والإخلاص!..
Jika Allah SWT telah memberi kepada anda Lidah dan Hati, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana Allah SWT ingin melihat anda menggunakan keduanya dijalan kebaikan dengan penuh keIkhlasan.

وإن أعطاك الله الصلاة والصوم والقرآن والقيام.. فاعلم أن الله يحبك، فلا تكن مهملا واعمل بهم!..
Jika Allah SWT memberi kepada anda Solat, Puasa, Al-Quran dan Bangun Malam atau berjaga malam untuk beribadat kepadaNya, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana dengan perkara tersebut anda dapat beramal dengannya dalam semua keadaan dan zaman.

وإن أعطاك الله الإسلام.. فاعلم أن الله يحبك!..
Jika Allah SWT memberi kepada anda Islam, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda

إن الله يحبك.. كيف لا تحبه؟!..
Sesungguhnya Allah SWT telah menCintai anda, Kenapa anda tidak mencintai Allah SWT ?

إن الله أعطاك الكثير.. فكيف لا تعطيه حبك؟!..
Sesungguhnya Allah SWT telah terlalu banyak memberi kepada anda, Kenapa anda tidak menberi ” Cinta Anda ” kepada Allah SWT ?

الله يحب عباده ولا ينساهم.. سبحان الله!..
Allah SWT sentiasa menCintai HambaNya dan Allah SWT tidak pernah melupai semua hambaNya… Subhanallah.

لا تكن أعمى وأوجد حبّ الله في قلبك.. واعلم أن الله يحبك، وأحن عليك من أي إنسان!..
 Jangan kamu menjadi mereka yang buta, berikanlah sebaik-baik Cinta di hati anda kepada Allah SWT, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda. Jangan anda menjadikan diri anda, diantara manusia yang akan dibinasakan oleh Allah SWT


Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu : 
-Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
-Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
-Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
-Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
-Al malul halal, atau harta yang halal
-Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
-Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah

3 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

terima kasih share entry neh...

ilmu untuk ila harine...

Anonymous said...

salam..

sangat suka entri ni...

Cinta Hatiku said...

waalaikummussalam... Allah itu sgt menyayangi hambanya tp hambaNya shj yg xmengetahui..