Followers

Suka tak blog nie???

Monday, 31 October 2011

Rahsia 13 rukun solat

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Inilah dia 13 Rukun Solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......


  1 - Niat Sembahyang :

 Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

 2 - Berdiri Betul :

 Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

 3 - Takbir-ratul Ihram :

 Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

 4 - Fatihah :

 Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

 5 - Ruqu' :

 Sebagai tikar kita di dalam kubur.

 6 - I'tidal :

 Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :

 Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

 8 - Duduk antara 2 Sujud :

 Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

 9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :

 Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

 1 0 - Tahhiyat Akhir :

 Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar dan Nankir di

 dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :

 Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

 12 - Salam :

 Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :

 Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


 Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,

 Rasulullah S. A. W. bersabda :

  "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "

Jika ada di kalangan kamu yang perasan tentang hal ini...!!!" Jika ada kesilapan dalam info di atas ini harap dimaafkan kerana saya share info ini dari facebook...

10 Surah paling berharga

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


 1. SURAH AL-FATIHAH

 Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

 2. SURAH YAASIN

 Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

 3. SURAH AD-DHUKHAN

 Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

 4. SURAH AL-WAQI’AH

 Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan atau kefakiran. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

 5. SURAH AL-KHAUTHAR

 Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya. Selain itu, surah ini juga dapat mencegah daripada perbalahan atau permusuhan.

 6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

 Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita. Selain itu. Surah ini juga dikatakan dapat mencegah kita daripada kafir semasa meninggal dunia.

 7. SURAH AL-MULK

 Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.

 8. SURAH AL-IKHLAS

 Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas,mencegah daripada bersifat munafiq maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

 9. SURAH AL-FALAQ

 Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali. Surah ini juga dikatakan dapat mencegah daripada perasaan hasad.

 10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati. Selain itu, surah ini jika diamalkan dapat mencegah daripada terkena penyakit was-was.


Sama-samalah kita mengamalkan surah-surah ini selain daripada surah-surah yang terkandung dalam Al-Quran... Banyak manfaat yang boleh kita perolehi daripada mengamalkannya... Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda "Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya jika kamu berpegang teguh pada kedua-duanya iaitu Al-Quran dan sunnahku." (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Renung-renungkanlah dan selamat beramal...!!!

Sunday, 30 October 2011

Kisah katak

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Hari ini saya nak share 1 cerita tentang seekor katak untuk sama-sama kita jadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita di dunia yang penuh pancaroba.... 


Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yang separuh siap. Dua ekor katak terperangkap di dalam perigi itu, akibat tidak berhati-hati ketika melompat. Mereka melihat ke dalam mana perigi tersebut. Ternyata terlalu dalam. Lalu mereka sepakat, sudah tiada harapan.

Kamu tawakal saja la. Mungkin ini nasib kamu!” jerit katak dari atas kepada dua ekor katak di dalam perigi itu. “Kami pun tidak tahu macam mana kami nak bantu kamu naik ke atas.” Kata katak lain. “Itulah kamu, kenapa cuai sangat. Ini padahnya tidak berhati-hati. Kalaulah kamu betul-betul semasa melompat, takkan jadi trajedi macam ni.” Tambah katak yang lain.

Namun kedua-dua ekor katak itu tetap berusaha naik ke atas dengan melompat. Masih gagal. Dari atas terus kedengaran suara-suara yang hanya membunuh harapan mereka.

Setelah agak lama mencuba, salah seekor katak berputus asa. Badannya sakit-sakit dan lenguh-lenguh akibat melompat tidak henti-henti. Tenaganya pula semakin lemah. Dia hanya mampu tersandar pada dinding perigi. Ditambah pula semangatnya lumpuh dek kata-kata yang tidak memberangsangkan dari atas.

Tidak berapa lama kemudian dia pun mati. Mati katak. Kumpulan katak-katak di atas hanya mampu melihat. Melihat rakannya telah mati, katak yang seekor lagi meneruskan usaha melompat.
Kamu tak nampak ke kawan kamu tu dah mati? Kamu pun nanti akan menyusul sama!”. “Simpan saja tenaga kamu. Membazir je kamu melompat-lompat.” “Buat kali terakhir, kamu ingin makan apa? Kami akan bawakan.

Begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas. Namun akatak itu tidak mempedulikannya. Dia terus melompat. Akhirnya seperti ada satu semangat baru, katak itu melompat begitu tinggi dan Berjaya keluar.

Takjub melihat apa yang berlaku, seekor katak menemuramahnya: “Kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yang kamu mungkin akan mati seperti kawan kamu?

Sebenarnya telinga saya kurang dengar. Saya ingatkan kamu semua memberi semangat kepada saya untuk terus berusaha melompat. Saya lihat mulut kamu semua menjerit sesuatu, seolah-olah memberi semangat kepada saya. Sebab itu saya terus berusaha, tidak mahu mengecewakan kamu semua.

Pengajaran:
You’re what you think. Kadangkala, tersalah sangka juga ada manfaatnya, terutamanya apabila kita menyangka niat seseorang yang jahat itu sebanarnya baik untuk kita, lalu kita mendapat manfaat daripadanya.


Akulah hamba...

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Akulah hamba yang banyak melakukan dosa dan terhalang daripada membuat kebaikan…

Akulah hamba yang berdukacita atas keterlanjuran hingga jadi gelisah dan bermuram durja…


Akulah hamba tertulis di dalam catatanNya bahawa aku amat takutkan pengawasanNya…

Akulah hamba yang berbuat jahat dan derhaka dalam rahsia…



Kenapalah hingga kini tidak menampakkan penyesalan?

Akulah hamba bercampur baur antara kebaikan dan keburukan…



Sia-sialah umurku..

Takku jaga waktu muda dan tuaku…



Akulah hamba yang tenggelam di tengah lautan, lalu menjerit tetapi tidak ada orang yang menjawabnya…


Akulah hamba yang derita kerana kesilapan sendiri, dan aku sedang berusaha mendapatkan penawarnya…

Akulah hamba yang terbuang…

Akulah hamba yang menzalimi diri sendiri…



Dan telah ku jawab…

Di pintuMu aku berserah diri…


Untukmu Adam dan Hawa

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Puisi ini saya ambil dari facebook... Hayatilah puisi ini untuk kita semua memikirkan tentang terjadinya kaum "Adam dan Hawa" di muka bumi ini...

Untukmu Adam dan Hawa..


Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan

Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.


credit by Rusydee Artz

Kelebihan dan sejarah ayat 1000 dinar

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Ayat Seribu Dinar.
Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
* Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

* Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Sejarah Ayat Seribu Dinar :
Bagaimana dan kenapa ayat ini dinamakan ayat seribu Dinar?
Sebenarnya ayat ini adalah salah satu daripada ayat Al-Quran. Iaitu dari Ayat 2 dan 3 surah Al-Talaq

Nak tahu kenapa ayat ini dinamakan sebagai ayat seribu dinar?

Kisahnya begini, Pada suatu ketika dulu, adalah seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khaidhir. Mimpinya yang Pedagang ini diperintahkan Oleh Nabi Khaidhir supaya bersedekah sebanyak 1000 dinar. Pedagang tersebut telah bermimpi sebanyak 3 kali dengan perkara yang sama. lalu pedagang tersebut mula merasakan yang mimpi itu adalah perkara yang benar.

Kemudian, Pedagang tersebut mengikut mimpi yang dilaluinya itu dengan bersedekah sebanyak 1000 dinar. Kemudian datang mimpi sekali lagi menemui Nabi Khaidhir yang mana Nabi Khaidhir mengajar pula ayat 2 hingga 3 surah At-Tolaq supaya diamalkan. Kemudian Pedagang tersebut terus mengamalkan ayat tersebut seperti mana yang diajarkan oleh Nabi Khaidhir.

Pada suatu hari ingin pergi berdagang ke suatu tempat dengan menggunakan jalan laut dengan menaiki kapal. Ketika dalam perjalanan,tiba-tiba ribut taufan yang amat dasyat datang membadai kapal pedagang tersebut. Dalam keadaan sebegitu,Pedagang tersebut hanya bertawakkal dan berserah sahaja kepada Allah sambil terus menerus membaca surah yang seperti mana diajar oleh Nabi Khaidhir dalam mimpinya itu.
Dan akhirnya kapal mereka pecah dipukul ombak besar dan semua penumpang dan anak kapal pedagang mati dan kembali ke Rahmatullah kecuali hanya pedagang tersebut sahaja yang masih hidup, sehinggalah ribut sudah reda dan pedagang tersebut tersedar dan mendapati dirinya sudah berada ditepi pantai di sebuah negeri bersama barang-barangnya yang tidak sedikitpun rosak.

Sambil menadah tangan dan mengucap kesyukuran kepada Allah yang maha berkuasa dengan kehendaknya dan hikmah disebalik membaca ayat seribu dinar itu maka pedagang itu selamat. Lalu, pedagang tersebut mengambil keputusan untuk tinggal sahaja di negeri tersebut dan ayat yang diajar nabi Khaidhir terus diamalkan.

Selama pedagang tersebut tinggal di negeri itu, pedagang tersebut mengambil keputusan berniaga dan berdagang dengan penduduk setempat. Dengan amalannya membaca ayat seribu dinar. Kemudian dengan izin Allah, pedagang tersebut telah diangkat sebagai raja dalam negeri itu (rezeki yang tidak disangka-sangkanya.)

Begitulah kisahnya disebalik nama ayat seribu dinar...
Oleh itu, marilah kita mengamalkan ayat ini dan berdoa supaya Allah mengizinkan kita dapat mengecapi kemurahan rezeki dan nikmat di dunia mahupun akhirat.
Sentiasalah kita bersyukur kepada Allah S.W.T...
Jika Ada Kesalahan.. Silakan Memperbetulkan .. Maaf Jika Terdapat Kesalahan..

Doa menghindari sihir dan ilmu hitam...

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Apa itu sihir???
Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.


Maksudnya: "Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, adalah sihir. Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakan-Nya kepadaku). Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang melakukan kerosakan. Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa." (Surah Yunus: 81-82)

Khasiat dan kaifiat beramal

Caranya ialah dengan membacakan ayat-ayat ini bersama ayat ke 118 hingga 121 surah al-A’raaf dan ayat ke 69 surah Taha kepada bekas yang mengandungi air. Kemudian air itu disiram ke atas kepala orang yang terkena sihir itu.

(Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 81-82 surah Yunus)

Renung-renungkanlah dan selamat beramal....

Friday, 28 October 2011

Kelebihan 10 Hari-hari pertama Zulhijjah

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. 

Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya:
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.


Ya Allah... Hanya Engkau Maha Mengetahui...

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...



Jika kau berasa lelah dan tidak terdaya dari usaha yang sia-sia...
Allah tahu betapa kuat engkau sudah berusaha

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah telah menghitung airmatamu

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu sahaja...
Allah sedang menunggu bersamamu

Jika kau fikir berasa bersendirian dan teman-teman selalu sibuk untuk menghubungi dirimu...
Allah sentiasa berada disampingmu

Ketika engkau fikir bahawa engkau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah mempunyai jawapannya

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tak masuk akal dan engkau berasa tertekan...
Allah bersamamu untuk menenangkanmu

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu

Ketika sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur...
Allah telah memberkatimu

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah akan tersenyum padamu

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah sudah membuka matamu dan memanggil-manggilmu dengan namamu

Oleh itu, ingatlah bahawa di manapun kau dan ke mana kau berada...
Allah akan mengetahui dan sentiasa berada disampingmu


 " Sesungguhnya apabila Allah memakbulkan doa kita, maka Allah sayang pada kita... Apabila Allah melewatkan apa yang dihajati, maka Allah sedang menguji kita... Apabila Allah tidak memakbulkan doa kita, maka Allah sebenarnya telah menentukan sesuatu yang terbaik untuk diri kita....
Oleh itu, jangan sesekali kita bersangka buruk terhadap Allah, kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya"

" Cinta kepada harta ertinya bakhil, Cinta kepada perempuan ertinya alam, Cinta kepada diri ertinya bijaksana, Cinta kepada mati ertinya hidup, dan Cinta kepada Tuhan ertinya takwa"

Semoga kita sentiasa mengingati Allah yang menciptakan kita... Allah sentiasa bersama-sama hambanya setiap masa dan ketika… Jangan terlalu leka pada duniawi sampai kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya...  Bersederhanaanlah dalam mengejar duniawi kerana kita perlu juga mencari bekalan untuk di bawa ke sana… Seimbangkanlah duniawi dan ukhrawi…


Ya Allah... Perbaikilah agamaku untuk dunia dan akhiratku...

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Marilah sama-samalah kita hayati puisi ini... Supaya kita sama-sama memuhasabahkan diri kita demi Islam, agama kita yang tercinta...


Wahai Tuhanku…
Perbaikilah untukku agamaku…
Yang menjadi pedoman hidupku..

Dan perbaikilah untukku… Duniaku…
Yang padanya aku beroleh kehidupan…

Dan perbaikilah akhiratku…
Yang padanya tempat kembaliku…

Dan jadikanlah hidup ini tempat…
Bertambah-tambahnya segala kebajikan bagiku…

Dan jadikanlah mati itu bagiku…
Tempat istirehat dari segala kejahatan…