Followers

Suka tak blog nie???

Wednesday, 2 November 2011

Fitrah seorang wanita...

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...




 Jangankan lelaki biasa,

 Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita

 Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah

 Masih mencari walau ada segalanya.

 Apa yang tiada dalam syurga?

 Namun adam tetap rindukan hawa

 Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok

 Untuk diluruskan oleh lelaki

 Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus

 Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus



 Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah

 Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah

 Didiklah mereka dengan panduan darinya.

 Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,

 kerana nantinya mereka semakin liar.



 Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan

 kerana nantinya mereka akan semakin derita

 Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal

 Di situlah punca kekuatan dunia.



 Akal senipis rambutnya,

 tebalkanlah ia dengan ilmu

 Hati serapuh kaca,

 kuatkanlah ia dengan iman…

 Perasaan selembut sutera,

 hiasilah ia dengan akhlak



 Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…

 Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb…

 Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..

 Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…

 Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. ..

 Pasti tidak akan terhibur,

 dan tidak akan menghiburkan. ..

 Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…

 Bahkan akan semakin membengkok.. .

 Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…



 Bila wanita menjadi derhaka…

 pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….

 Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata. ..

 Tapi binalah kepimpinan.. .



 Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi,

 pimpinlah diri kepadanya…

 Jinakkan diri kepada Allah…

 Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. .

 Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’

 Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah


3 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

semoga diri ini jumpa lelaki yang dapat meluruskan diri ini ke jalan y di redhai Allah....

Sekamar Rindu said...

salam..

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Cinta Hatiku said...

wa'alaikumussalam...
@ila honeybunny: insyaAllah... jodoh di tgn tuhan...nnt ada la seorg lelaki yg akan memimpin kaum wanita... pohon la pd tuhan...

@sekamar rindu: btul 2... krn wanita nie adalah fitnah dunia yg perlu terpelihara dgn menutup auratnya, cara pergaulannya, menjaga maruahnya, agar sentiasa mendpt rahmatNya... biar cantik di luar &dlman...