Followers

Suka tak blog nie???

Thursday 3 November 2011

Maafkan aku Ya Rasulullah...

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


 Maafkan Aku ya Rasulullah...
 Kerana tidak mampu menjadi seperti "Saidina Abu Bakar as-siddiq"
 yang bersungguh-sungguh menyampaikan risalah...
 tanpa mengira penat mahu pun bahaya...

 Maafkan Aku ya Rasulullah...
 Kerana tidak layak menjadi "Umar"...
 Ummar al-khattab yang tegas...
 Sehingga di geruni Musuh mahu pun Syaitan...

 Maafkan Aku ya Rasulullah...
 Kerana Aku bukan seperti Sayyidina Uthman al-affan...
 Yang hebat mewakafkan harta
 Dan
 Masanya Membukukan al-Quran untuk panduan sepanjang zaman...

 Maafkan Aku ya Rasulullah ...
 Kerana Aku bukanlah Saidina Ali...
 Yang begitu warak...
 Dan
 Sanggup menggadaikan nyawa menggantikan tempat tidur mu...

 Maafkan Aku ya Rasulullah...
 Kerana Aku tidak seperti "Umar Abdul Aziz"...
 Yang benar-benar ikhlas menjalankan amanahnya...
 Yang begitu Zuhud pekertinya...
 Meminta di kuburkan jauh di hujung pelosok dunia...

 Maafkan Aku ya Rasulullah...
 Kerana Aku tidak dapat memanfaatkan masa...
 Seperti mereka semua...
 Yang benar-benar telah di kau pilih untuk meneruskan perjuangan mu...

 Ya Rasulullah...
 Sekiranya engkau masih hidup pada hari ini bersama-sama kami...
 Pasti Aku akan tunduk setunduk-tunduknya...
 Kerana malu kepada mu kekasih Allah...

 Apakah aku terus meneruskan jalan-jalan mu itu ?
 Aku juga tidak tahu....

 Ya Allah...
 Kurniakanlah daku kesempatan waktu...
 Yang bukan menjadi hamba kepada buku...
 Tetapi memberi cahaya keseluruh alam...

 Dari Ku
 Yang merindukan mu ya Rasulullah s.a.w..


Rasulullah s.a.w bersabda.
"sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnhya ia telah mencintai aku, dan sesiapa yang mencintai aku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Anas r.a)

No comments: