Followers

Suka tak blog nie???

Thursday, 3 November 2011

Membina minda positif

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Membina minda positif dalam kehidupan seharian kita... Apa kata kita ikut tip-tip di bawah ini... Saya ambil dan share dari facebook- Jom Berdakwah Di FB


1)Fikirkan yang positif sahaja 

Sebagai contoh, jikalau ditimpa sedikit kerumitan atau masalah, tolong bertenang dan cari penyelesaian sebaiknya. Jangan menimbulkan kekalutan dalam diri anda kerana otak yang normal dapat berfikir secara waras pabila minda kita tenang. Kalau minda tu tengah memberontak macamana idea yang menarik mampu terhasil. Kecuali la anda memang suka buat benda kalut-kalut..

2) Berkata- Kata Yang Positif Sahaja

Ramai yang saya perhatikan suka sangat merendahkan kelebihan diri sendiri. Belum cuba lagi namun mulut sudah terkumat-kamit mengatakan aku tidak mampu buat itu dan ini. Padahal diri sendiri belum lagi mencuba. Tanamkan dalam diri yang anda mampu lakukan sesuatu. Perlakuan kita akan dituntun dengan minda yang kita telah setkan positif tadi. Jikalau ada katakan yang anda tidak mampu lakukan, mana mungkin anda mampu lakukannya.

3) Berada Dalam Kelompok Orang-Orang yang Positif 

Tak semua orang di dunia ini mempunyai minda serta pemikiran yang positif. Oleh sebab itu, carilah teman-teman atau kawan anda dari golongan orang yang positif serta memang mengetahui akan minat anda. Sebagia contoh jikalau anda seorang yang memang sukakan bidang perniagaan. Carilah orang-orang yang suka akan bidang yang sama. Secara tidak langsung ia akan turut menjadikan anda bermotivasi serta mempunyai mentor untuk mencapai impian anda itu.

4) Buangkan yang Negatif, Ambil Yang Positif

Dalam hidup kita ni memang akan ada sesuatu yang negatif serta positif. Kita memang kena akui nya. Namun kitap erlulah snetiasa mengambil yang ppositif. Dalam kehidupan kita pun sentiasa dipenuhi dengan dua pemikiran yang berbeza ini. Sebagai contoh, ada berjalan-jalan dan tersepak batu lalu terjatuh. Minda yang negatif seraya berkata ” Cis! Celaka punya batu, ramai-ramai orang aku jugak yang kau jadikan mangsa ya”. Begitulah minda negatif. Namun jika kita cuba mempositifkan apa yang berlaku mungkin lebih menyenangkan. ” Ya Allah, terjatuh plak aku. Nasib baik aku yang terjatuh ni. Buang batu ni jauh-jauh. nanti ada pula orang lain yang turut jadi mangsa”. Tengok macamana dua cara berfikir yang berbeza mampu dijana berdasarkan satu situasi yang sama. Kita boleh memilih untuk mengambil teknik fikiran yang mana. Pilihan yang tepat akan memastikan kita mendapat manfaatnya.

5) Fikirkan akan Kesudahan yang Baik

Dalam membuat sesuatu perkara semestinya kita inginkan kesudahan yang baik bukan? Jadi permulaan yang baik adalah memikirkan tentang kesudahan yang baik. Contohnya bila kita hendak memandu pulang ke rumah. Bayangkan isteri serta anak anda menyambut kepulangan anda dengan gembira. Semestinya anda akan dibimbing oleh minda yang positif untuk sampai di rumah. Cuba anda bayangkan yang si isteri menunggu anda dengan muka yang bengis dan penyapu di tangan. Semestinya anda pulang dengan perasaan gundah gulana dan tidak gembira.


2 comments:

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Moga kita sentiasa bersikap positif..
Thx for sharing.. ^_^

Cinta Hatiku said...

sama2...