Followers

Suka tak blog nie???

Monday, 14 November 2011

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU...?


Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Renung-renungkanlah bersama puisi di bawah ini...


(¯`*•.¸ Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU...? (¯`*•.¸


 Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
 ~PERKAHWINAN~


 Satu ketika kau bertanya..
 .......................
 sudikah kau menjadi Makmum
 disetiap solatku..
 agar solatku lebih bermakna
 dan terjaga hendaknya..
 ........................
 sudikah kau menjadi Penjaga
 diri dan maruahku
 agar hidupku lebih tenang dan bahagia
 .........................
 sudikah kau menjadi Pendidik
 hati dan jiwaku
 agar rohaniku terisi hikmahNya
 dan akhlakku terjaga hendaknya
 ..........................
 sudikah kau menjadi Pemerhati
 setiap gerak dan langkahku
 agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
 ............................
 sudikah kau menjadi Peneman
 di kala suka dan duka ku
 agar satu hari, jika ujian itu dtg
 air mataku ada yg menghapuskan..
 ............................
 sudikah kau menjadi Pembela
 diriku dan agamaku
 agar aku terus berada di atas jln yg benar
 .............................


 sudikah kau menjadi Penggerak
 semangatku..
 agar bila aku kelesuan
 kau mampu memberi bantuan
 walau hanya sekadar senyuman :)
 .............................
sudikah kau menjadi Sahabat
 buat diriku..mendengar luahan hatiku
 agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
 tnpa rasa ragu..
 ..............................​.
 sudikah kau menjadi Penghibur
 tika ku kesunyian
 agar aku boleh ketawa riang
 Satu ketika aku menjawab...
 "Ya, Aku sudi..
 Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
 dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"
 Tetapi,
 aku kembalikan soalan ini kepadamu..
 ..............................​..
 sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
 jika aku sudah tidak seperti dulu?
 ..............................​...
 sudikah kau pula menjadi
 Imam, Penjaga, Pendidik
 Pemerhati, Peneman, Pembela
 Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
 Jika suatu ketika nanti
 aku sudah tidak mampu lagi menjadi
 Makmum di setiap solatmu..
 Jika aku sudah tidak mampu lagi
 menjagamu,
 menemanimu
 memerhatikanmu,
 mendidikmu
 membelamu,
 menggerakkanmu
 menjadi sahabatmu dan
 menghiburkanmu

 Sudikah kamu wahai .....................?
 Aku percaya..kau masih sudi..
 "Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
 dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"
 InsyaAllah,amin ya Allah..
 •*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸

5 comments:

Pondok Usang said...

Indahnya andai setiap cinta itu adalah kerana Allah...

Eena Arrina said...

folow ena.ada hadiah utk new folower. keep update with my entry utk dpt hadiah k. :P tggu entry yg berkaitan utk new folower :)

Saia Budax Lanun said...

Assalam, fuhhh.. menyentuh jiwa... jika benar semua itu wujud pasti cinta itu akan kekal selamanya... bukankah manis dan indah percintaan kerana Allah.

ILA HonEyBuNNy said...

syahdu ja ila baca entry neh...

sebak rasa..mencari bakal imamku....

Cinta Hatiku said...

memang indah cinta kalau meletakkan Allah dalam hati kita dan keutamaan bagi kita...