Followers

Suka tak blog nie???

Thursday 24 November 2011

Harta kekayaan

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


 Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
 ”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak.
 Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata: ”Kerana inilah aku jadi pembunuh.
 Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata: ”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim.
 Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata: ”Kerana inilah tanganku dipotong”.
 Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”
 (H.R. Muslim)

  Huraian:
 Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.

 Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
 "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!'

Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis:
 (1) Apa yang dimakannya lalu habis.
 (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh.
 (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat.

 Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain".


2 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

harta dunia hanya sekelip mata Allah boleh tarik kan..tak kan kekal..

peringatan y bagus...thanks..

Cinta Hatiku said...

betul3... dunia nie hanya sementara...