Followers

Suka tak blog nie???

Thursday 3 November 2011

Wanita yang dirindui syurga, apakah ciri-ciri wanita syurga?

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Ciri-ciri wanita syurga...
~ bertaqwa

~ beriman kepada Allah S.W.T, para malaikat, kitab-kitab-NYA, para rasul, hari kiamat dan beriman dengan qada dan qadar.

~ bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah S.W.T dan Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul-NYA, mendirikan sholat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan serta menunaikan haji bagi yang mampu.

~ Ihsan iaitu beribadat kepada Allah S.W.T seakan-akan kita melihat-NYA. Jika kita tidak dapat melihat Allah S.W.T, kita mengetahui bahawa DIA melihat kita.

~ ikhlas beribadat semata-mata kepada Allah S.W.T, tawakal lillahi Taala, mencintai Allah S.W.T dan Rasul-NYA, takut terhadap azab, mengharap rahmat yang MAHA ESA, bertaubat kepada-NYA, bersabar atas segala takdir ILAHI serta mensyukuri segala kenikmatan yang telah dikurniakan.

~ gemar membaca Al-Quran, berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah S.W.T ketika bersendirian atau bersama orang lain dan sentiasa berdoa memohon kepada-NYA.

~ menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

~ berbuat baik (ihsan) kepada jiran, anak yatim, fakir miskin dan seluruh mahkluk serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

~ menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya dan memaafkan orang yang menzaliminya.

~ bersikap adil dalam segala hal dan perkara dan juga terhadap seluruh mahkluk.

~ menjaga lisan daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (gahibah)

~ menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

~ berbakti kepada kedua-dua orang tua.

~ menyambung silaturahim dengan keluarganya serta sahabat terdekat dan jauh


No comments: