Followers

Suka tak blog nie???

Tuesday 29 November 2011

Orang Yg Tidur Meniarap Adalah Sahabat Iblis

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


 ✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀
 Sabda Rasulullah saw : "Wahai Iblis, siapakah yang paling baik sekali padamu?"
 Berkata Iblis : "Ya nabi Allah,orang yang menjadi saudaraku yang paling dekat denganku ialah orang-orang yang meniarap ketika tidur, orang-orang yang berat matanya hendak di buka ketika waktu subuh untuk mengerjakan solat. Ketika itulah aku peluk dengan kasih sayang dan aku buaikan dia sehingga terbit matahari, demikian juga pada waktu solat yang lain. Aku akan kacau hatinya supaya tidak mengerjakan solat dengan pujukkanku."

 Rasulullah saw memperingatkan kepada umat Islam supaya sewaktu hendak tidur hendaklah sekurang-kurangnya membaca bismillah atau jika boleh hendaklah membaca Surah al-Fatihah, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas serta membaca ayat Kursi dan lain-lain. Ini adalah supaya tidur tidak di ganggu oleh syaitan dan Iblis, ini adalah berdasarkan kepada keterangan dibawah ini.

 Maksud hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim r.a :
 "Jika engkau hendak ke tempat tidur, hendaklah engkau berwudhu sepertimana wudhu untuk menunaikan solat, kemudian baringlah ke kanan dan bacalah : Ya Allah, aku serahkan diriku kepadaMu dan aku hadapkan wajahku kepadaMu. Aku serahkan perkaraku kepadaMu, lindungkan belakangku kepadaMu kerana suka dan takutku kepadaMu. Tidak ada lindungan atau benteng melainkan kepadaMu, aku percaya dengan kitabMu yang Engkau turunkan kepada nabiMu yang Engkau utuskan. Dan jadikanlah semua itu penghabisan apa yang Engkau katakan".
 ✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀

Sunday 27 November 2011

Dia memang "cantik, seksi, dan hot" di dunia... Dan dia juga nampak "hot" di akhirat...

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


 Adakah kamu di dunia berpakaian seperti di atas ? Tepuk dada tanya iman.

 Sedarlah wahai kaum Hawa. Bukalah mata Mu itu , Sedarlahhh !! Tidakah kamu takut dengan azab Allah yang amat ngeri dan lagi pedih sekali. Sanggupkah kamu ke neraka? Semasa di Neraka Malaikat akan bertanyakan soalan kepada penghuni neraka. “Wahai penghuni neraka , semasa di dunia ,adakah sesiapa pernah mengingatkan engkau dan menasihati engkau tentang ke arah kebaikan?” Lalu penghuni neraka menjawab “Ya ada,tetapi aku tidak peduli dengan peringatan itu dan aku tidak peduli dengan nasihat itu” (dengan sesalnya)

 Firman Allah swt: Pada masa Muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami Dahulu (semasa di dunia) Taat kpd Allah serta Taat kpd Rasul Allah. (Al-Ahzaab 66)

 Semasa peristiwa Israk & Mikraj
 Rasulullah s.a.w bersabda : "Aku menjeguk ke dalam Neraka maka kulihat kebanyakan penghuninya kaum wanita,yang disebabkan oleh kurang taat kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W dan suami mereka dan kerana BANYAK BERTABARRUJ , DEDAH AURAT dan BERHIAS-HIAS"

 Wallahualam.

Salam Maal Hijrah 1433H

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Selamat menyambut "Maal Hijrah" 1433H... Tema pada tahun ini ialah "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"... Semoga sempena tahun baru ini, marilah kita sama-sam hijrahkan diri kita menjadi "lebih baik" dari sebelumnya...

 Hijrah berasal daripada kata kerja hajara (هجر) bermaksud meninggalkan, memutuskan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain.

Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.”
(Hadis riwayat Abu Dawud)

Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat yang lain seperti mana firman-Nya al-Quran yang bermaksud: “Setelah Nabi Lut beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah al-Ankabut, ayat 26).  

Thursday 24 November 2011

Wanita itu seperti mawar berduri..

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Indah di pandang namun sukar dipegang,
Duri yang tumbuh memagari jiwa yang suci…
Bahagianya menjadi dia
~~~Sekuntum mawar berduri~~~

Ya Rabb…
Izinkanlah hambaMu yang kerdil lagi hina…
Menjadi salah satu kuntuman mawar aspirasi di Taman SyurgaMu…
Walau ku sedar, aku hambaMu yang paling tidak layak menjadi salah satu kuntuman mawar tersebut…

Harta kekayaan

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


 Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
 ”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak.
 Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata: ”Kerana inilah aku jadi pembunuh.
 Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata: ”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim.
 Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata: ”Kerana inilah tanganku dipotong”.
 Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”
 (H.R. Muslim)

  Huraian:
 Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.

 Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
 "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!'

Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis:
 (1) Apa yang dimakannya lalu habis.
 (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh.
 (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat.

 Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain".


Bagaimana ingin bersyukur???

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


 Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan."

  (H.R. Bukhari)

 Huraian: 

 Firman Allah SWT yang maksudnya: ”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Surah Ibrahim : Ayat 7).

 Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah:

 i) Tidak merasa memiliki kecuali menyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya. 

 ii) Selalu mengucapkan “Alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.

 iii) Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah. 

 iv) Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.



Tuesday 22 November 2011

Berpada-padalah apabila bergurau

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


 Dari Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w bersabda “Seseorang mukmin belum sempurna imannya hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar.”
 (Hadis Riwayat Ahmad dan at-Tabrani)

Huraian :-
 1.Bergurau janganlah melampaui batas kesopanan hingga menyakiti atau menghina sehingga menyebabkan dukacita dan sebagainya.

 2.Banyak bergurau boleh menyebabkan hati seseorang mati dan mengurangkan kehebatan bahkan bergurau dengan cara mengolok-olok, mengumpat, menghina, menjatuhkan maruah boleh mendatangkan dosa sama ada orang yang melakukannya itu menyedarinya ataupun tidak.

 3.Selaku seorang Islam kita haruslah berlapang dada (toleransi) dalam menghadapi perbedaan pendapat di mana Islam melarang kita bertengkar hingga menyebabkan timbulnya pertikaian dan saling berhujjah, mengkafirkan atau menganggap yang lain halal darahnya (bunuh-membunuh).


 Jika Ada Salah Dan Silap.. Sila Lah Tegur.. Dan Maafkan Kami Jika Ada Salah Dan Silap..
Moga Ia Membawa Manfaat Kepada Yang Membacanya..

Bina Peribadi Waktu Makan

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


 Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.

Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan: 

 1. Tunggu orang yang paling tua
 "Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begituselama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."

 2. Baca basmalah dan guna tangan kanan
 "Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan kemulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah." 

 3. Ambil lauk terdekat dulu
 "Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik.Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja. "Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cintapada saudaranya yang lain, itulah waktunya."

 4. Kawal suapan
 "Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan.Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada.Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."


Saturday 19 November 2011

5 Pesanan buatmu wahai diri..

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

♫♥ 5 Pesanan Buat Mu Wahai DIRI ♫♥


 1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.
 2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.
 3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
 4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.
 5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI....



 ~Muhasabah Diriku~

TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat???

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Saya nak share 2 situasi mengenai aurat... Dari status Ustaz Zambri yang saya ambil di facebook...


 Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

 Situasi 1:

 Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?

 Ahmad: Alaaa, nasi lemak.

 Aisyah: Aik? Mne ko tau?

 Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.

 Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?

 Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.

 Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?

 Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.

 Aisyah: Pandainye ko ni.

 Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.

 Aisyah: Ceh. Malas la soal.

 Situasi 2:

 Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?

 Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?

 Aisyah: Salah.

 Ahmad: Telur dadar?

 Aisyah: Salah lg.

 Ahmad: Karipap?

 Aisyah: Salah jugak.

 Ahmad: Fail MQA?

 Aisyah: Ish. Lg la salah.

 Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.

 Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?

 Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.

 Maka pilihlah TUTUP.... :-)


Firman Allah SWT mafhumnya "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) ALLAH adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[AL-AHZAB;59]

 Dan FirmanNya lagi; "Wahai anak-anak Adam! Sesungguh-nya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)". 
[AL-A’RAF; 26]



Kegelapan ada 5 jenis... Dan lampu ada 5 jenis...

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Hafiz Ibnu Hajar R.A. menulis dalam kitab AL-MUNABBIHAT bahawa Saidina Abu Bakar R.A. berkata :

 Kegelapan ada 5 jenis dan lampu baginya juga ada 5 jenis :

 1)Percintaan dunia adalah gelap dan lampu baginya adalah TAQWA.

2)Segala rupa maksiat adalah gelap dan lampu baginya adalah TAUBAT.

3)Kubur adalah gelap dan lampu baginya adalah LA ILLA HAILLALLAH.

 4)Akhirat adalah gelap dan lampu baginya adalah AMAL-AMAL SOLEH.

 5)Jambatan As-Sirat adalah gelap dan lampu baginya YAKIN.

 Ilmu itu umpama dalam kegelapan dan lampu baginya adalah KESUNGGUHAN.

  Renungan Sesama Ukhuwah


Friday 18 November 2011

Aku mohon padaMu Ya Allah... Saat ku berwuduk...

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


 Saat kubersihkan MULUTKU, seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga MULUTKU dari PERCAKAPAN yang memfitnah, membuka aib orang lain, mengumpat dan memanggil seseorang dengan perkataan buruk.

 Saat kucuci LUBANG HIDUNGKU, seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga LUBANG HIDUNGKU dari setiap NAFAS yg melupakan NIKMAT & SYUKUR akan kehidupanku kepada Allah SWT.

 Saat kubasuh MUKAKU, seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga MATAKU dari PANDANGAN yang MAKSIAT dan NAFSU, dan kubersihkan WAJAHKU dari SENTUHAN yang bukan muhrimku.

 Saat kubasuh TANGANKU, seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga TANGANKU dari perbuatan MENGAMBIL dan MEMEGANG yang BUKAN hak ku, menyalahkan orang lain, dan MEMUKUL seseorang dengan zalim.

 Saat kubasuh KEPALAKU, seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga OTAKKU dari FIKIRAN KOTOR dan MAKSIAT, ANGAN-ANGAN kosong, PRASANGKA BURUK terhadap manusia dan Allah,

 Saat kubasuh TELINGAKU, seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga TELINGAKU dari PENDENGARAN PERKATAAN YANG BURUK dan TIDAK BERMANFAAT, dan SUARA yang MENGAJAK pada KESESATAN.

 Saat kubasuh KAKIKU, seharusnya KUSEDAR bahawa kubersihkan dan kujaga KAKIKU dari LANGKAH-LANGKAH yang MENUJU ke tempat-tempat MAKSIAT, MENGINJAK dan MENENDANG seseorang dengan ZALIM.

 Berdoalah disetiap sentuhan WUDUK yang dilakukan, agar Allah sentiasa membersihkan dosa-dosa perbuatan fisik kita, dan selalau menjaga kesucian wuduk kita.

 “Ya Allah jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang bersuci”.


 Semoga aku dapat "BERWUDUK" dengan sebenar-benarnya, Aamiin.

Wallahu'alam

Jangan, jangan dan jangan-jangan

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


 Jangan, jangan dan jangan sengaja lewatkan solat.
 Perbuatan ini Allah tidak suka.
 Jangan -jangan tertidur.Kalau tertidur lain cerita.
 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
 Jangan-jangan terbawa keluar najis,habis kotor seluruh rumah kita.

 Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah.
 Makruh kerana ia membahayakan.
 Jangan-jangan sumbing bibir kita.

 Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
 Makruh dan mewarisi kepapaan.
 Jangan-jangan berkongsi makan dengan cik lipas dan cik tikus.

 Jangan tidur selepas subuh.
 Jangan-jangan rezeki kita di kebas orang.

 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
 Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
 Jangan-jangan yang kenyang nafsu semata-mata.
 Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
 Jangan-jangan kita mati dalam perjalanan.
 Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
 Makruh dan mewarisi kepapaan.
 Jangan-jangan kita dipandang tiga suku (tidak siuman)

 Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
 Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
 Jangan-jangan kita ternampak 'sesuatu'.

 Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
 kerana mati boleh datang bila-bila masa.

 Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa
 dansesama manusia kalau memang kita bersalah.
 Jangan-jangan tidak sedar diri bersalah.

 Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
 Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
 Jangan-jangan sakit jiwa.
 Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
 Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
 Jangan-jangan fatamorgana sahaja.

 Jangan bakhil untuk bersedekah.
 Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
 Jangan-jangan tiada nikmat rezeki untuk kita.

 Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
 Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik.
 Jangan-jangan menghilangkan kasih orang kepada kita.

 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
 Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
 Jangan-jangan doa yang tak elok mereka pada kita termakbul pula.

 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
 Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
 Jangan-jangan kita buta mata hati, tak nampak hakikat yang nyata.

 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
 Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
 ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Renung-renungkanlah...

Dengan siapa kamu duduk...

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah
 baginya lapan corak hidup:

 1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

 2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

 3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan
 ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.

 4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan
 ditambah Allah nafsunya dan syahwatnya.

 5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

 6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

 7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.

 8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

 Sekadar Renungan Bersama...

Thursday 17 November 2011

Pasar di Syurga..

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Gambar sekadar hiasan


Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.”

(H.R. Muslim)