Followers

Suka tak blog nie???

Friday 4 November 2011

Seksaan meninggalkan solat

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Sememangnya sudah diketahui umum bahawa solat iu tiang agama- orang yang mengerjakan dinisbahkan sebagai mendirikan agama, orang yang meninggalkannya dinisbahkan sebagai meruntuhkan agama.


Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Muddaththir ayat 40-43 yang bermaksud : “(Mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat) bertanya-tanya tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah. (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata), “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?” Orang-orang yang bersalah itu menjawab, “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat.”


"Dari Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa meninggalkan solat dia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah sangat murka kepadanya. (HR Bazzar, Tabrani)"

Gambar sekadar hiasan

SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Orang yang meninggalkan solat akan diseksa dengan 15 seksaan: 6daripadanya akan diterima di dunia, 3 daripadanya ketika nyawa di penghujung, 3 lagi daripadanya ketika berada di dalam kubur dan 3 yang terakhirnya di hari akhirat.


6 SEKSAAN DI TERIMA DI DUNIA

1.       Usianya tiada keberkatan

2.       Dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya

3.       Tiada pahala setiap amalan yang dikerjakan

4.       Doanya sia-sia kerana tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

5.       Semua makhluk di dunia membencinya

6.       Tidak menerima bahagian daripada doa untuk orang-orang soleh


3 SEKSAAN KETIKA NYAWA DI PENGHUJUNG

1.       Matinya adalah dalam kehinaan

2.       Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar

3.       Matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga


3 SEKSAAN KETIKA BERADA DI DALAM KUBUR

1.       Kuburnya disempitkan

2.       Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan

3.       Ular yang dinamakan Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat


3 SEKSAAN DI HARI KIAMAT

1.       Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka

2.       Mendapat kemurkaan Allah S.W.T. yang amat hina

3.       Allah S.W.T. akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka


PEDIHNYA SIKSA MENINGGALKAN SOLAT

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"


Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."


Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam.

Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."


Renung-renungkanlah kisah ini, supaya menjadi pengajaran buat kita semua yang bergelar MUSLIM...


No comments: