Followers

Suka tak blog nie???

Sunday 18 December 2011

Catatan amalan kita dicatat..

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Untuk peringatan pada diri ku dan juga sahabat-sahabat sekalian... Bahawa segala amalan kita sama ada baik atau buruk semuanya dicatatkan... 

UMAT Islam hendaklah berusaha meningkatkan amal soleh mereka sepanjang masa, tanpa menunggu hari atau bulan tertentu. Perkara sedemikian kerana hanya Allah yang mengetahui ajal maut seseorang dan kita tidak sepatutnya menangguh-nangguhkan masa untuk beramal ibadat.

Mana tahu, belum sempat untuk menambah amal ibadat, Allah terlebih dulu memanggil untuk menemui-Nya buat selama-lamanya meninggalkan alam ini. Namun, Allah Maha Kaya kerana Dia turut menyediakan ganjaran istimewa dalam bulan tertentu bagi menggalakkan umatnya untuk lebih meningkatkan amal ibadat mereka. 


Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya, seseorang itu akan bercakap-cakap dengan kata-kata yang diredai Allah, dan dia tidak menyangka kata-katanya itu akan menyampaikannya ke suatu tingkat tertentu, maka dicatatkan oleh Allah kata-kata itu mendapat keredaan-Nya hingga ke Hari Kiamat.
"Dan seorang lain akan bercakap-cakap dengan kata-kata yang dimurkai Allah, dan dia tidak menyangka bahawa kata-kata itu akan menyampaikannya ke satu tingkat tertentu, maka dicatatkan oleh Allah dengan kata-kata itu kemurkaan-Nya ke atas orang itu hingga ke Hari Kiamat." 
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi).

Tutur kata baik diumpamakan mutiara yang disukai orang ramai dan meletakkan individu yang menuturkannya sebagai orang disenangi, disanjung, dicontohi dan diterima kata-kata itu untuk kebaikan.
Perkataan tidak baik yang dikeluarkan dari mulut tidak ubah nilainya seperti najis. Tentunya orang waras tidak akan menyukai najis kerana ia dikaitkan dengan segala tidak baik dan hina. Jadi, begitulah pandangan kepada mereka yang menuturkan sesuatu perkataan tidak baik.

Sabda Rasulullah, yang bermaksud: "Sesungguhnya, orang yang berkata-kata dengan kata-kata yang mentertawakan kawan yang duduk bersamanya, maka dia akan jatuh dengan kata-kata itu lebih jauh daripada bintang di angkasa." 
(Hadis riwayat Ibnu Abid-Dunya)

Dalam masyarakat Melayu yang tinggi pegangan agama, mempunyai cara yang halus untuk memperkatakan perkara buruk. Nenek moyang kita mengajar menggunakan bahasa kias dan sindiran untuk menegur keburukan orang lain. Ini jelas menunjukkan pekerti orang Melayu begitu luhur seperti ditetapkan ajaran agama.

Rasulullah menyatakan antara tanda keimanan kepada Allah ialah menjaga tutur kata.
Sabda Baginda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata (perkara) yang baik atau (lebih baik) dia diam." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Untuk mengelak diri terperangkap dengan fitnah mulut, dalam banyak keadaan adalah lebih baik berdiam diri. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa suka selamat, maka hendaklah dia membiasakan diam." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Malah, umat Islam sering kali diingatkan supaya jangan sekali-kali bersama atau menyertai kumpulan individu yang sering mengucapkan perkataan buruk kerana ditakuti terpengaruh.
Ingatan itu dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: "Dan kami dulu (di dunia) selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang yang memperkatakannya." 
(Surah al-Muddasir, ayat 45)

Malah, diperjelaskan larangan berada bersama orang yang sering memperkatakan perkara yang tidak benar kerana ditakuti turut membabitkan diri dengan keburukan.

Firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya, Allah pun menurunkan kepada kamu (perintah-Nya) dalam kitab (al-Quran) iaitu, apabila kamu mendengar ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka hingga mereka memperkatakan perkara lain, kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.
"Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir dalam neraka jahanam." (Surah an-Nisaa', ayat 140).

‎"Di AKHIRAT kelak, seorang itu TERKEJUT apabila melihat CATATAN amalan KEBAIKAN yang tidak pernah dilakukannya di DUNIA. Maka, dia bertanya, "Wahai TUHANku, dari manakah datangnya KEBAIKAN yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah MELAKUKANNYA." Maka ALLAH menjawab, "Semua itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau KETAHUI."
(Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili)


1 comment:

ILA HonEyBuNNy said...

peringatan yang bagus..

sebab tu ila lebih suka diam diri lebih baik...;)