Followers

Suka tak blog nie???

Sunday 11 December 2011

Jangan pertikaikan...!!!

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


JANGAN sengaja lewatkan solat.
 Perbuatan ini Allah tak suka. Kalau tertidur lain cerita.

 JANGAN tidur selepas solat subuh.
 Nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

 JANGAN makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan.
 Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

 JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
 Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

 JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
 Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

 JANGAN biar mata liar di perjalanan.
 Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

 JANGAN bergaul bebas di tempat kerja atau di dimana saja kita pergi.
 Banyak buruk dari baiknya.

 JANGAN ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu-bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah dan memaafkan mereka sekiranya mereka ada melakukan kesalahan kepada kita.

 Jangan bakhil untuk bersedekah.
 Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

 JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa.
 Kerana mati boleh datang bila-bila masa.

 JANGAN banyak ketawa.
 Nanti mati jiwa.

 JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia.
 Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

 JANGAN mempertikaikan kenapa Islam berkata JANGAN.
 Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
 ALLAH S.W.T lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Bertanyalah pada diri apakah tujuanku hidup didunia ini???
Untuk Allah atau hanya untuk diri sendiri sahaja???

Islam agamaku...
Al-Quran kitabku...
Muhammad s.a.w nabiku...
Kaabah kiblatku..


 Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.

No comments: