Followers

Suka tak blog nie???

Thursday 1 December 2011

Lelaki sebagai khalifah Allah di muka bumi ini

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


***********************************************************
Lelaki itu , dialah khalifah sebenar di muka bumi Allah yang fana ini. Dialah pentadbir, yang mengatur dan memerintah . Tanggung jawabnya besar. memelihara alam ini dari kerosakan. membawa negara ke mercu kecemerlangan. mengawasi masyarakat agar tidak tersasar. melestari generasi muda agar keimanan mereka terpelihara. dan menjaga ahli keluarga mereka dari api neraka.

“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” [Surah an-Nisa, ayat 34]

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai ( perintah ) Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”, Q.S. ATahrim/ 66: 6

*******************************************************
Ramai sekali lelaki yang taat , patuh kepada perintah Allah,.. memelihara diri dan berusaha pula memelihara keluarga mereka daripada menjadi bahan bakar api neraka..Alhamdulillah.. Namun, malangnya terdapat ramai juga para lelaki di luar sana yang menjadi punca kecundangnya maruah kaum hawa, terpalit dengan dosa kerana pujuk rayu mereka dan kerana nipisnya iman semua yang terlibat... Sesungguhnya syaitan itu sungguh tinggi tipu daya nya.. 

*********************************************************
Yang memandang , mengetahui, cubalah membantu menyedarkan..namun, jangan sesekali memandang insan-insan sebegini dengan pandangan hina dan cemuhan melulu.. kerana mereka sedang tertipu…dan andai kita pula mencemuh dan menjuih ,,sesungguhnya kita juga tertipu…tertipu dengan anggapan kita lebih baik, mereka lebih hina, kerana kita tidak begitu dan mereka sebaliknya. Allah maha mengetahui, namun setiap pilihan akan dipertanggungjawabkan.

Bangkitlah lelaki, jadilah khalifah Allah sejati.. Engkaulah pelindung dan engkaulah pemelihara..
Kaum wanita mu…


Bangunlah wanita kerana sesungguhnya kamu bidadari.. keluarlah dari belenggu kehinaan, masuklah kembali ke jalan Allah yang diredhai.. Kuatkanlah diri, kentalkanlah keimanan,..Jangan sesekali terpedaya dengan bisikan buruk tadi.. Yakinlah sesungguhnya pilihan Allah untuk mu adalah suami mu.. Jika bermasalah, carilah jalan penyelesaian tetapi bukan dengan nampak lelaki lain jauh lebih hebat dan sebagainya,….

********************************************************
Semoga sinar hidayah kembali menaungi kehidupan kita semua dan kita menjadi insan hebat yang penuh taqwa dan redha.

No comments: