Followers

Suka tak blog nie???

Friday 28 October 2011

6 Keistimewaan pembaca dan penghafaz Al-Quran

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah..


Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk..
Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk..
Kalau tidak mampu, bacalah sekadar sehelai atau 1 muka surat..
Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat..
Kalau tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri “Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat menbaca ayatMu?”

Jadikanlah membaca Al-Quran sebagai rutin harian kita...


6 KEISTIMEWAAN PEMBACA DAN PENGHAFAZ AL-QURAN
1.    Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga.
Dari Ali bin Abu Talib, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Barang siapa membaca Al-Quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi)

2.    Berada dalam rahmat Allah.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah utuk membaca dan mempelajari Al-Quran, kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yang di langit).” (Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud).

3. Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda.
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Barang siapa membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran), maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)

4.    Dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah.
Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk manusia. Lalu Rasulullah ditanya: “ Siapakah mereka itu wahai Rasulullah s.a.w?” Jawab baginda: “Mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya.” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Al-Hakim dan An-Nasaie).

5.   Al-Quran sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan pemggemarnya di hari kiamat.
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

6.    Dipakaikan mahkota pada hari kiamat.
Daripada Mu’az bin Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak. Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang yang membacanya sendiri?” (Hadis Riwayat Abu Daud)


Sumber diperolehi : Majalah Al-Muslimah (Bil.233)

No comments: