Followers

Suka tak blog nie???

Thursday, 26 April 2012

Hadith: Keutamaan puasa sunat Isnin dan Khamis


Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Daripada Abu Sa'id R.A. katanya "Aku mendengar Nabi Muhammad S.A.W bersabda sesiapa yang berpuasa sehari semata - mata kerana Allah akan menjauhkan dirinya daripada api neraka selama 70 tahun." (Riwayat Al - Bukhari dan Muslim).

Daripada Aishah R.A.H katanya, "Rasulullah S.A.W mengambil berat tentang puasa hari isnin dan khamis" (Hadith Riwayat At - Tirmizi).

Hadith lain ada menyebutkan Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Semua amalan akan dipersembahkan pada hari isnin dan khamis. Justeru itu aku ingin amalanku dipersembahkan ketika aku sedang berpuasa" (Hadith Riwayat Al - Bukhari dan Muslim).


Sabda Nabi s.a.w.

“Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa”
(Hadith Riwayat oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan;
“Temanku (yakni Rasulullah s.a.w.) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara;
1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.
2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.
3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.
(Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Dari Aisyah r.a :
Bersabda Rasulullah s.a.w kepadaku pada suatu hari:
”Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?” Aisyah berkata:” Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)” Baginda bersabda “(Jika begitu) maka aku berpuasa”.
(Muslim)





#Mari kita amalkan puasa sunat dalam kehidupan kita seharian... Mari kita ikut sunnah nabi Muhammad s.a.w... =)

1 comment:

azrinna said...

Good sharing. Terima kasih.