Followers

Suka tak blog nie???

Monday 5 March 2012

Maksud Surah Al-Fatihah

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Jom Kita Hayati Maksud Surah Al-Fatihah.. 
                           Sesungguhnya Ia Merupakan Satu Doa Yang Amat Lengkap... 



Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) -Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Sumber daripada: Jom Berdakwah Di FB

No comments: