Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...
Jika kau berasa lelah dan tidak terdaya dari usaha yang sia-sia...
Allah tahu betapa kuat engkau sudah berusaha
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah telah menghitung airmatamu
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu sahaja...
Allah sedang menunggu bersamamu
Jika kau fikir berasa bersendirian dan teman-teman selalu sibuk untuk menghubungi dirimu...
Allah sentiasa berada disampingmu
Ketika engkau fikir bahawa engkau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah mempunyai jawapannya
Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tak masuk akal dan engkau berasa tertekan...
Allah bersamamu untuk menenangkanmu
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu
Ketika sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur...
Allah telah memberkatimu
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah akan tersenyum padamu
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah sudah membuka matamu dan memanggil-manggilmu dengan namamu
Oleh itu, ingatlah bahawa di manapun kau dan ke mana kau berada...
Allah akan mengetahui dan sentiasa berada disampingmu
Oleh itu, jangan sesekali kita bersangka buruk terhadap Allah, kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya"
" Cinta kepada harta ertinya bakhil, Cinta kepada perempuan ertinya alam, Cinta kepada diri ertinya bijaksana, Cinta kepada mati ertinya hidup, dan Cinta kepada Tuhan ertinya takwa"
Semoga kita sentiasa mengingati Allah yang menciptakan kita... Allah sentiasa bersama-sama hambanya setiap masa dan ketika… Jangan terlalu leka pada duniawi sampai kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya... Bersederhanaanlah dalam mengejar duniawi kerana kita perlu juga mencari bekalan untuk di bawa ke sana… Seimbangkanlah duniawi dan ukhrawi…
No comments:
Post a Comment