Followers

Suka tak blog nie???

Friday, 28 October 2011

Ya Allah... Perbaikilah agamaku untuk dunia dan akhiratku...

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Marilah sama-samalah kita hayati puisi ini... Supaya kita sama-sama memuhasabahkan diri kita demi Islam, agama kita yang tercinta...


Wahai Tuhanku…
Perbaikilah untukku agamaku…
Yang menjadi pedoman hidupku..

Dan perbaikilah untukku… Duniaku…
Yang padanya aku beroleh kehidupan…

Dan perbaikilah akhiratku…
Yang padanya tempat kembaliku…

Dan jadikanlah hidup ini tempat…
Bertambah-tambahnya segala kebajikan bagiku…

Dan jadikanlah mati itu bagiku…
Tempat istirehat dari segala kejahatan…



6 Keistimewaan pembaca dan penghafaz Al-Quran

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah..


Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk..
Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk..
Kalau tidak mampu, bacalah sekadar sehelai atau 1 muka surat..
Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat..
Kalau tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri “Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat menbaca ayatMu?”

Jadikanlah membaca Al-Quran sebagai rutin harian kita...


6 KEISTIMEWAAN PEMBACA DAN PENGHAFAZ AL-QURAN
1.    Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga.
Dari Ali bin Abu Talib, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Barang siapa membaca Al-Quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi)

2.    Berada dalam rahmat Allah.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah utuk membaca dan mempelajari Al-Quran, kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yang di langit).” (Hadis Riwayat Muslim, At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud).

3. Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda.
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Barang siapa membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran), maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)

4.    Dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah.
Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w., dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk manusia. Lalu Rasulullah ditanya: “ Siapakah mereka itu wahai Rasulullah s.a.w?” Jawab baginda: “Mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya.” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Al-Hakim dan An-Nasaie).

5.   Al-Quran sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan pemggemarnya di hari kiamat.
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

6.    Dipakaikan mahkota pada hari kiamat.
Daripada Mu’az bin Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak. Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang yang membacanya sendiri?” (Hadis Riwayat Abu Daud)


Sumber diperolehi : Majalah Al-Muslimah (Bil.233)

Thursday, 27 October 2011

Sunat memakai cincin di jari manis dan kelingking

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Gambar sekadar hiasan

Memakai cincin antara sunnah Rasulullah s.a.w dan banginda biasanya memakai di jari manis dan kelingking tangan kanan... Ia adalah sunnah dan elok diikuti. Namun, jika memakai di jari lain, si pemakai hanya tidak mendapat pahala sunnah dan bukan berdosa seolah2 membela sekandang khinzir seperti yang dinyatakan...
(sumber dari Mymetro)

Hukum memakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang oleh nabi Muhammad s.a.w dan larangan bermaksud haram pada sesetengah ulamak berpendapat... Dan sesetengah ulamak pula berkata hukumnya makruh...
(sumber dari Ustaz Azhar Idrus)

Ali bin Abi Talib r.a berkata:-
"Rasulullah s.a.w melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah".
Hadith Riwayat Muslim


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali r.a. Sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari jari manis dan jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari tengah dan jari telunjuk Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. 
Perhatian: cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s:Saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Pesanan buat Adam dan Hawa

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Dari Hawa untuk Adam

Susurilah coretan Hawa untuk Adam dan impian Adam untuk Hawa nya...

Adam ku...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikut mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akal mu sembilan, nafsu mu satu. Akal ku satu, nafsu ku beribu. Oleh itu, Adam, pimpinlah tangan ku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

Adam ku...
Aku suka kalau kau mengimami solat ku pada setiap waktu. Akan ku aminkan doa mu agar kelak luas syurga ku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersama mu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkan aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yassin dan memahami Al-Quran. Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan pada ku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma'ruf dan nahi mungkar.

Adam ku...
Ajarilah aku agar menjadi isteri mu yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkan aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh pada mu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otak ku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpimlah aku menuju Nur al-Jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon serikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabi'atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya hati Halimatus Sa'adiah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidup mu Adam ku.

credit by Rusydee Artz

Bingkisan tulus dari Adam untuk Hawa... 

Hawa ku...
Meski aku Adam, gagah pada luaran, ada kalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagi mu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu. Nafsu ku satu, akal ku sembilan, namun yang satu itu sering menjadikan aku di luar kawalan, kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, keran sesungguhnya di sebalik seorang lelaki, berdiri seorang wanita.

Hawa ku...
Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan Kalamullah, agar dapat aku memandu mu ke syurga al-Jannah. Sedarkan aku agara mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidup ku sentias aman. Bangunkan aku bertahajud bersama mu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untuk ku. Aminkan doa bacaan ku, moga nanti luas syurga mu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milik mu.

Hawa ku...
Aku suka kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zauj mu kelak. Aku suka jika bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku suka kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriat ku penuh dengan kesantunan mu. Aku lebih suka kata-kata mu berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga diri mu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar'a fatonah. Peliharalah agama seperti mana aurat mu terjaga rapi, siramlah hati dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. Agar kelak tidak dipandang lemah. Meski kau dicipta daripada rusuk ku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang di sangka lembut menghayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Oleh itu, ingatlah aku Adam mu yang sering leka dan alpa. Kelak Hawa ku ini bakal menghuni al-Firdausi.


"Moga impian anda semua untuk mencari cinta yang diredhai kan termakbul. Mudah-mudahan coretan ini sedikit sebanyak mengajar kita bermuhasabah diri dalam merebut sekeping hati seorang insan yang kita cintai. Insya-Allah sinaran cinta Ilahi yang dicari akan ditemui. Sematkan pesanan ini dalam hati agar kita saling ingat-mengingati, kebahagiaan hakiki akan dapat diraih."