Followers

Suka tak blog nie???

Wednesday, 2 November 2011

Fitrah seorang wanita...

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...




 Jangankan lelaki biasa,

 Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita

 Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah

 Masih mencari walau ada segalanya.

 Apa yang tiada dalam syurga?

 Namun adam tetap rindukan hawa

 Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok

 Untuk diluruskan oleh lelaki

 Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus

 Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus



 Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah

 Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah

 Didiklah mereka dengan panduan darinya.

 Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,

 kerana nantinya mereka semakin liar.



 Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan

 kerana nantinya mereka akan semakin derita

 Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal

 Di situlah punca kekuatan dunia.



 Akal senipis rambutnya,

 tebalkanlah ia dengan ilmu

 Hati serapuh kaca,

 kuatkanlah ia dengan iman…

 Perasaan selembut sutera,

 hiasilah ia dengan akhlak



 Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…

 Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb…

 Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..

 Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah…

 Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. ..

 Pasti tidak akan terhibur,

 dan tidak akan menghiburkan. ..

 Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus…

 Bahkan akan semakin membengkok.. .

 Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…



 Bila wanita menjadi derhaka…

 pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara….

 Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata. ..

 Tapi binalah kepimpinan.. .



 Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi,

 pimpinlah diri kepadanya…

 Jinakkan diri kepada Allah…

 Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. .

 Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’

 Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah


Kalau kita cintakan seseorang

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

credit by rusydee artz

~..Jika kita cintakan seseorang..pasti kita ingin bertemunya selalu..Tetapi jika kita CINTAKAN Allah. Bbertemulah selalu dalam ZIKRULLAH, bertemulah selalu di dalam SOLAH, bertemulah selalu di RUMAH ALLAH dan berpegang teguhlah kepada AL-QURAN dan AS SUNNAH..~

Cintai Allah terlebih dahulu dan AKRABLAH bersama-samaNya dengan jalan-jalan yang ada..apabila kamu menjagaNya, Dia akan menjaga kamu nanti..mudah-mudahan akan Dia TITIPKAN seorang yang LEBIH BAIK untuk MENJAGA kamu suatu hari nanti..

Terkadang, kita perlu melepaskan orang kita cintai kerana belum tentu lagi dia akan menjadi milik kita…
Namun, seandainya benar dia ditakdirkan untuk kita, pasti Allah akan temukan jua dengan memberi rasa yang lebih indah saat akad dilafazkan…
InsyaAllah, Amin ya Rabb…



♥♥ Jika SAYANG jangan ajak insan yang disayangi untuk melakukan perkara MAKSIAT, nauzubillah.. cinta SEBELUM nikah itu indah tapi sayangnya di selimuti dengan NODA dan DOSA manakala cinta SELEPAS nikah itu lebih berganda indahnya kerana semuanya HALAL dan insyaAllah.. Allah MEMBERKATINYA..♥♥


> Jadi untuk yang sedang "bercouple", berkasih, bercinta dan sewaktu dengannya, fikir-fikirkanlah.. BERUBAHLAH dari sekarang ke arah yang LEBIH BAIK...(✿◠‿◠)

ܓ..Jadikanlah CINTA itu sebahagian daripada kehidupanmu.. JANGANLAH jadikan kehidupanmu sebahagian dari cinta semata-mata..

>>> Semakin DALAM cinta kamu terhadap seseorang itu, semakin TERJUNAM kamu terjatuh ke dalam dunia HARAPAN..ܓ

Ingatlah sahabat, CINTA SEJATI hanya untuk ILAHI.. ^_^

credit by rusydee artz

Tuesday, 1 November 2011

10 Gangguan syaitan ketika solat

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Pernahkah kamu mengalami gangguan semasa solat??? Dibawah ini ada jawapannya... 


10 GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT

 1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

 Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

 Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.



 2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat

 Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

 “Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah kekiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).



 3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

 Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat,syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.”

 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).



4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yangbermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

 Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi danjika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

 Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orangitu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).



 5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

 Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

 Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud(thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (HadisRiwayat Bukhari dan Muslim).



6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

 Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

 “Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).



7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat kekiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu,selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).



8) Menguap dan mengantuk

 Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.”(Hadis Riwayat Thabrani).

 Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya(menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).



9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

 Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”



 10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (HadisRiwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

Bersahabatlah dengan...

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...

Sebaik-baik teman adalah orang yang suka mengingatkan KESALAHAN kita, bukan yang membiarkan ketika kita BERBUAT SALAH...


Sahabat itu bagai bintang di langit
Walau jauh dia akan tetap bersinar
Walau tak bias dimiliki dia akan selalu di hati
Meskipun terkadang dia hilang
Dia akan selalu di hati dan akan terkenang di hati, dan takkan pernah hilang…

Abu Sulaiman Darami rahimahullah berkata, "Jangan sekali-kali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai DUA sifat ini: pertama, dia dapat diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur, dan kedua, dia dapat menambahkan kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu. Jika kamu suka bersahabat dengan orang yang bersifat selain daripada itu, maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi." Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Mas'ud r.a.)


Carilah teman yang baik melalui ciri-ciri seperti :

~ Pertama : AKAL yang baik
» lebih mampu memahami hak-hak sahabat dengan lebih cepat dan lebih kreatif mencipta keakraban, kasih sayang dan cinta..

~ Kedua : AGAMA yang baik
» mampu menghindarkan diri daripada perbuatan buruk dan maksiat serta mampu memotivasikan diri ke arah yang lebih baik..

Justeru, berlaku BIJAKLAH dalam memilih TEMAN.. Teman yang baik adalah teman yang MENDEKATKAN diri kita kepada PENCIPTA..(✿◠‿◠)