Followers

Suka tak blog nie???

Thursday 26 April 2012

Hadith: Keutamaan puasa sunat Isnin dan Khamis


Assalamualaikum dan Salam Ukhwah...


Daripada Abu Sa'id R.A. katanya "Aku mendengar Nabi Muhammad S.A.W bersabda sesiapa yang berpuasa sehari semata - mata kerana Allah akan menjauhkan dirinya daripada api neraka selama 70 tahun." (Riwayat Al - Bukhari dan Muslim).

Daripada Aishah R.A.H katanya, "Rasulullah S.A.W mengambil berat tentang puasa hari isnin dan khamis" (Hadith Riwayat At - Tirmizi).

Hadith lain ada menyebutkan Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda "Semua amalan akan dipersembahkan pada hari isnin dan khamis. Justeru itu aku ingin amalanku dipersembahkan ketika aku sedang berpuasa" (Hadith Riwayat Al - Bukhari dan Muslim).


Sabda Nabi s.a.w.

“Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa”
(Hadith Riwayat oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan;
“Temanku (yakni Rasulullah s.a.w.) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara;
1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.
2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.
3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.
(Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Dari Aisyah r.a :
Bersabda Rasulullah s.a.w kepadaku pada suatu hari:
”Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?” Aisyah berkata:” Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)” Baginda bersabda “(Jika begitu) maka aku berpuasa”.
(Muslim)





#Mari kita amalkan puasa sunat dalam kehidupan kita seharian... Mari kita ikut sunnah nabi Muhammad s.a.w... =)

6 Teka- teki imam Al- Ghazali


Assalamualaikum dan Salam Ukhwah buat semua..



Renungan: Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali: "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1: "Orang tua"Murid 2: "Guru"
Murid 3: "Teman"
Murid 4: "Kaum kerabat"
Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah ali-Imran: 185).

Imam Ghazali: "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1: "Negeri Cina"
Murid 2: "Bulan"
Murid 3: "Matahari"
Murid 4: "Bintang-bintang"
Iman Ghazali: "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali: "Apa yang paling besar didunia ini?"
Murid 1: "Gunung"
Murid 2: "Matahari"
Murid 3: " Bumi"
Imam Ghazali: "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah al-A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI "Apa yang paling berat didunia?"
Murid 1: "Baja"
Murid 2: "Besi"
Murid 3: "Gajah"
Imam Ghazali: "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab: 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebutmenyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali: "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1: "Kapas"
Murid 2: "Angin"
Murid 3: "Debu"
Murid 4: "Daun-daun"
Imam Ghazali: "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali: "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid- Murid dengan serentak menjawab: "Pedang"
Imam Ghazali: "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

Renung-renungkanlah sejenak ye... =)